Checklist Nikah Lengkap Di Malaysia

Sebagai panduan umum, berikut adalah senarai yang diperlukan untuk persediaan perkahwinan (nikah) anda. Kami kongikan checklist nikah sebelum, semasa dan selepas perkahwinan agar anda bahagia bersama pasangan.

Sila ambil perhatian bahawa #ChecklistNikah ini boleh berbeza bergantung kepada negeri yang berkenaan. Anda disarankan untuk menghubungi Pejabat Agama Islam Negeri untuk maklumat yang lebih tepat.

Persediakan Sebelum Nikah & Document Umum:

  1. Borang Permohonan Nikah (borang ini biasanya boleh didapati di Pejabat Agama Islam setempat). Google sahaja SPPIM, EQariah, EMunakahat untuk dapatkan borang secara online.
  2. Kad Pengenalan , kedua pasangan dan wali haknya.
  3. Sijil Kewarganegaraan (jika berkenaan).
  4. Sijil Perceraian (jika ada): Jika salah satu pihak atau kedua-duanya pernah berkahwin sebelum ini.
  5. Surat Kebenaran dari Wali (bagi pihak yang belum cukup umur): Diperlukan jika salah satu pihak belum mencapai umur kahwin yang ditetapkan oleh undang-undang Malaysia. Had umur minimum untuk berkahwin ditetapkan pada umur 18 tahun bagi lelaki dan perempuan.
  6. Sijil Berkahwin Terdahulu (jika berkaitan): Jika salah satu pihak atau kedua-duanya pernah berkahwin dan bercerai sebelum ini.
  7. Sijil Perubatan Pra-Kahwin (diperlukan di beberapa tempat): Biasanya melibatkan pemeriksaan kesihatan darah dan HIV.
  8. Sijil kursus kahwin dan senarai lengkap document diperlukan. Lebih detail di bawah;

7 Langkah Yang Perlu Di Ambil Untuk Dapatkan #SijilKahwin

  • Wajib sertai kursus kahwin. Jangan last minutes kerana sijil ambil masa 3 hari bekerja untuk siap. Kebiasaannya.
  • Isi borang permohonan kebenaran kahwin secara online sahaja. Google sahaja SPPIM, EQariah, EMunakahat. Tak sama untuk semua. Ada sikit perbezaan mengikut negeri masing-masing.
  • Untuk pastikan anda dan pasangan lahirkan anak yang baik2 dan sihat tubuhnya. Pergi ke klinik untuk buat HIV test. Yang ini penting. Borang HIV test ini akan diberi selepas siap hantar borang permohonan kebenaran kahwin di atas.
  • Rujuk senarai semak yang dapat semasa ambil borang kahwin. Sediakan semua document tersebut dan dapatkan cop imam di kariah masjid masing-masing.
  • Pastikan pihak lelaki dahulu hantar borang. Lepas tu baru pihak perempuan pergi untuk dapatkan kelulusan. Dah memang aturannya gitu dik. Jangan tanya kami kenapa lelaki dahulu.
  • Senang aje kan. 🙂 Dah lulus. Awak akan dapat surat kebenaran nikah. Paling best jika dapat tarikh yang awak mohon. Jadi pastikan booking awal untuk dapatkan “your preferred date”.
  • Dalam pada itu. tu pastikan survey #pakejperkahwinan dulu tau. Buat pasangan Selangor & Putrajaya awak boleh ketik dewan ini. Dewan kahwin ini berkonsepkan glasshouse & ada internal water fountain. Ha. Macam mana la rupanya cantik itu. Ketik ini untuk survey www.NafouraPutraya.com

KALAU PANDAI NEGO KAMI BERI FREE* AJE

SEWA DEWAN GLASSHOUSE PUTRAJAYA

Nak Nikah Mudah Sebenarnya Sebab Dah Jumpa Cara

– Client Nafoura Putrajaya








Persediaan di Pejabat Agama Islam:

  1. Isi borang permohonan nikah:
  2. Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan lengkap.
  3. Temuduga Pra-Nikah: Calon mungkin akan diwawancara oleh pegawai Pejabat Agama Islam. Soalan senang dan basic sahaja biasanya. Jika dah pergi kursus kahwin pasti boleh jawab. InshaAllah.
  4. Persediaan di Majlis Nikah:
  5. Ambil #pakejperkahwinan jika mahu lebih senang & tidak letih.
  6. Boleh DIY pakej perkahwinan buat yang punyai banyak masa. Banyak vendor yang terlibat. Cuma letih juga tu nak urus sebab nak fikir hal kahwin lagi.
  7. Tetapkan tempat #dewankahwin dan waktu perkahwinan.
  8. Sediakan wali dan saksi yang bakal hadir. Biasanya dua orang saksi yang hadir semasa akad nikah. Biasanya Imam masjid ada sediakan saksi buat yang tiada nak volunteer.
  9. Mas Kahwin: Jumlah wang yang perlu dibayar oleh suami kepada isteri. Bayaran sekitar RM30 hingga RM300. Kadar tak sama setiap negeri. Kena rujuk kadar yang ditetapkan oleh Pejabat Agama Islam Negeri.
  10. Hantaran, yang ni kena bincang antara keluarga lelaki dan perempuan. Yang penting nilai sesuai buat mempelai, berkat dan bahagia hingga ke syurga.
  11. Akad Nikah: Pelaksanaan akad nikah oleh Imam atau pegawai agama.

Langkah-Langkah Selepas Akad Nikah:

  1. Mendaftar Perkahwinan:
  2. Mendaftar perkahwinan di Pejabat Pendaftaran Negara atau Pejabat Agama Islam.
  3. Mendapatkan Sijil Nikah:
  4. Mendapatkan salinan sijil nikah sebagai bukti sah perkahwinan.
  5. Selesai. Kami ucapkan selamat pengantin baru dan turut mendoakan agar;

“Semoga Allah memberkati kalian ketika bahagia dan ketika susah, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.” 

– (Hadis riwayat Abu Daud)

dah semoga Allah;

“Anugerahkanlah kepada kalian anak-anak yang termasuk orang yang soleh.”

– (Surah As-Saffat, ayat 100)

KALAU PANDAI NEGO KAMI BERI FREE* AJE

SEWA DEWAN GLASSHOUSE PUTRAJAYA

#kursuskahwinmalaysia

#kursuskahwin

#kursuskahwinkl

#kursuskahwinputrajaya

#kursuskahwinselamgor

#naknikahnakkahwin

#caranaknikah

#pakejperkahwinan

#caranikah